Tuesday, June 2, 2009

jika kau memilikinya...

"Jika kamu memancing ikanSetelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu"..Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja...Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitu juga Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang.Setelah ia mula MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya..Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu. Jika kamu menadah air, biarlah berpadaJangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.Cukuplah sekadar KEPERLUANmu..Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.. Akhirnya ia dibuangSedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya..Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWAAnggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, bolehjadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimuMengenyangkan...BerkhasiatMengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatanKelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya Kamu akan MENYESAL.. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorangyang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimuMENYAYANGIMU..... MENGASIHIMUMengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lainTerlalu mengejar KESEMPURNAANKelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.Kita sebagai manusia kadangnya tidak peka dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Kita tidak peka dengan kehendak dan harapan orang lain sehingga ada yang cuma mementingkan diri sendiri dengan menidakkan kepentingan malah perasaan orang lain. Kita kerap melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Mungkin kerana kita tidak berfikir panjang, kita tidak mahu beralah, terlalu menurut kata hati, tamak dan sebagainya yang akhirnya mewujudkan kekecewaan dalam diri kita sendiri yang kadangnya boleh menimbulkan penyesalan yang tidak berkesudahan

1 comment: